Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Bashar Assad memuji keazaman warga Syria sambil mengatakan perkara itu adalah faktor utama yang membantu kelangsungan negara Arab itu di sebalik keganasan yang melandanya.
Assad membuat kenyataan itu pada hari Selasa di dalam sebuah perjumpaan dengan para pengilang yang berpusat di Damsyik dan beberapa wilayah lain Syria. Mereka adalah adalah antara pihak yang gigih meneruskan usaha mereka walaupun keganasan di negara tersebut telah mendatangkan kesan buruk kepada kepentingan mereka.
Agensi berita SANA melaporkan bahawa Assad berkata para pengilang yang gigih meneruskan usaha mereka di sebalik kerugian yang mereka tanggungi akibat konflik itu adalah sebuah sumber kebanggan kepada negara Arab itu.
Perang yang dilancarkan ke atas Syria mempunyai aspek ekonomi selain daripada aspek ketenteraan, kata beliau sambil menekankan bahawa kegigihan para pengilang telah membantu roda ekonomi negara itu untuk terus berputar.
31 Januari 2017 - 19:50
News ID: 808567
Presiden Bashar Assad memuji keazaman warga Syria sambil mengatakan perkara itu adalah faktor utama yang membantu kelangsungan negara Arab itu di sebalik keganasan yang melandanya.